Langkau ke kandungan utama

Catatan

DUNIA UNTUK BEKERJA

Jangan kita jadi orang yang banyak berehat di dunia, kelak kita akan banyak disoal oleh Allah SWT di akhirat sana. Jom kita renungkan, cukupkah amalan dan ibadah yang kita lakukan selama hidup di dunia ini? Allah telah mengingatkan kita dalam Surah Ali Imran, ayat 14 yang bermaksud: “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; hartabenda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak; kuda yang bertanda lagi terlatih, dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)” Allah SWT telah berfirman dalam Surah Al-Ankabut ayat 2 dan 3: "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?  Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang yang terdahulu da...
Catatan terbaharu

panjangkah waktu kita?

Allah berfirman dalam Surah Al-Hajj Ayat 47 “Dan katakanlah kepada mereka: Sesungguhnya satu hari di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari hitung kamu.” Jika dihitung, 24 jam di akhirat menyamai 1000 tahun di dunia. Manakala anggaran jangka hayat manusia rata-ratanya sekitar 60-70 tahun. Maka, hidup kita di dunia ini jika dilihat dari langit oleh Allah SWT sebenarnya hanyalah kira-kira 1.5 jam sahaja!  Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Jadi, janganlah kita sia-siakan kehidupan sementara di dunia ini dengan perkara yang tidak mendatangkan manfaat. #26Zulkaedah #JomIstighfar #JomBacaAlQuran #JomAlMathurat #JomDhuha #JomSedekah

wamakaru wamakarallah!

kenapa ada sahaja perkara yang aku buat tapi selalu gagal. kenapa ya?.. Kita merancang dengan cita-cita tapi Allah SWT merancang dengan cintaNya. Jadi jika kita selalu berdoa untuk mengharapkan sesuatu namun belum juga dimakbulkan oleh Allah, jangan pernah putus asa. Allah tak tunaikan semuanya kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik buat kita. Dia telah aturkan perjalanan yang jauh lebih indah dari apa yang kita rancang. Sebenarnya, Tuhan menggenggam semua doa kita. Lalu dilepaskanNya satu persatu di saat yang paling tepat. Sabar dan yakin dengan janji-Nya!

IBLIS MEMPERDAYA BUKAN DENGAN RUPA YANG MENAKUTKAN TETAPI RUPA MENAWAN

Iblis dan Syaitan merupakan makhluk halus yang seringkali dibayangkan rupanya macam hantu yang buruk, menakutkan dan menyeramkan. Kalaulah syaitan datang dalam rupa yang seperti itu, adakah ramai atau sedikit yang akan ikut Iblis dan Syaitan?? Hmm. Hanya sedikit sahaja manusia yang mengikutinya. Namun, Syaitan datang memperdaya manusia dalam bentuk bisikan angan-angan, desakan dan gesaan yang menyukakan hati manusia, lagi mengecurkan air liur. Semua itu sepadan dengan nafsu manusia yang sentiasa muda dan keinginan manusia yang tidak terbatas. Oleh sebab itu, manusia mudah terpedaya dan jadi jahat tu. Tambahan pula, bapa kepada manusia pun pernah ditipu dan diperdaya oleh Iblis. Ini menjadikan manusia mudah diperdaya. jangan berperangai setan ye Ya, ia datang dalam bentuk rumah besar, kereta mewah, kedai yang luas, pangkat yang tinggi, kedudukan yang dihormati, wang yang banyak, wanita yang cantik, pujian dll. Seronok tak kalau kita dapat semua ini? Ya pastinya kita suka...

KITA JAGA SOLAT, ALLAH JAGA KITA

Solat adalah alat yang menghubungkan insan dengan Tuhannya. Solat umpama tiang yang mengukuhkan sesuatu struktur. Tanpa tiang, akan runtuhlah sesebuah struktur berkenaan. Solat yang mantap adalah bagaikan cahaya dan cahaya. Solat yang khusyuk merupakan idaman kalbu di kalangan orang yang beriman. Solat yang khusyuk akan menyelesaikan semua masalah dunia. Solat yang khusyuk petanda jantung hati kita sentiasa bersih daripada sifat mazmumah. Di dalam solat terkandung bacaan wajib iaitu surah Al Fatihah. Surah al Fatihah merupakan surah yang paling agung. Surah inilah yang merumuskan 113 surah berikutnya. Surah ini bisa mencuci hati insan yang kotor kerana dengan surah ini, insan berkomunikasi dengan TuhanNya.  Malah Nabi Muhammad SAW di dalam sebuah hadis pernah menyuruh seseorang mengulangi solatnya: “Sesungguhnya Nabi S.A.W masuk ke dalam sebuah masjid lalu seorang lelaki juga turut masuk ke dalam masjid tersebut dan dia melakukan solat dua rakaat kemudian dia data...

BERSEDERHANA DALAM AMALAN

ADAB & AKHLAK ITU PENYELAMAT

Ada satu kisah sejarah Rasulullah SAW berjiran dengan seorang perempuan tua yang tidak percaya baginda adalah utusan Allah SWT. Bila setiap kali Rasulullah SAW melalui rumahnya, dia akan melemparkan segala macam sampah sarap kepada baginda. Itu berlaku setiap hari, minggu dan bulan. Tetapi pada satu hari ketika baginda melalui rumah perempuan tua itu, Rasulullah SAW dapati perempuan itu tidak ada di muka pintu rumah seperti biasa untuk melemparkan sampah sarap. Keadaan itu berterusan sehingga hari ketiga. Jadi, baginda terus menghampiri rumah itu dan mengetuk pintu kerana ingin bertanya khabar perempuan tua tersebut. Perempuan tua itu terkejut dengan kedatangan baginda. Dia bertanya apa tujuan kedatangan baginda.                                                                        Poster sekada...