Iblis dan Syaitan merupakan makhluk halus yang seringkali
dibayangkan rupanya macam hantu yang buruk, menakutkan dan menyeramkan.
Kalaulah syaitan datang dalam rupa yang seperti itu, adakah ramai atau sedikit
yang akan ikut Iblis dan Syaitan?? Hmm. Hanya sedikit sahaja manusia yang
mengikutinya.
Namun, Syaitan datang memperdaya manusia dalam bentuk bisikan
angan-angan, desakan dan gesaan yang menyukakan hati manusia, lagi mengecurkan
air liur. Semua itu sepadan dengan nafsu manusia yang sentiasa muda dan
keinginan manusia yang tidak terbatas. Oleh sebab itu, manusia mudah terpedaya
dan jadi jahat tu. Tambahan pula, bapa kepada manusia pun pernah ditipu dan
diperdaya oleh Iblis. Ini menjadikan manusia mudah diperdaya.
Ya, ia datang dalam bentuk rumah besar, kereta mewah, kedai
yang luas, pangkat yang tinggi, kedudukan yang dihormati, wang yang banyak,
wanita yang cantik, pujian dll. Seronok tak kalau kita dapat semua ini? Ya
pastinya kita suka. Namun, kita mungkin tidak mampu untuk mendapatkan ke semua
keinginan itu dan segala angan-angan kita. Bagi yang ingin menikmati juga semua
keinginan itu, biarpun tidak mampu, dia sanggup menipu, mencuri, menjatuhkan
orang, memberi dan menerima rasuah, membunuh orang, pecah amanah, salah guna
kuasa dan sebagainya.
Inilah peranan Iblis dan syaitan. Mereka melakukan
kerja-kerja menyesatkan manusia ini dengan sungguh2, siang malam pagi petang.
Dia memang bersumpah untuk menyesatkan manusia dan kehadirannya ke dunia ini
memang untuk itu. Ini semua disebut dalam al-Quran. Ringkasnya, jangan
bayangkan rupa Iblis itu buruk dan menyeramkan, tetapi ingat bahawa wajah
penipu ini berpenampilan cantik dan menarik.
Ulasan
Catat Ulasan