Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2018

IBLIS MEMPERDAYA BUKAN DENGAN RUPA YANG MENAKUTKAN TETAPI RUPA MENAWAN

Iblis dan Syaitan merupakan makhluk halus yang seringkali dibayangkan rupanya macam hantu yang buruk, menakutkan dan menyeramkan. Kalaulah syaitan datang dalam rupa yang seperti itu, adakah ramai atau sedikit yang akan ikut Iblis dan Syaitan?? Hmm. Hanya sedikit sahaja manusia yang mengikutinya. Namun, Syaitan datang memperdaya manusia dalam bentuk bisikan angan-angan, desakan dan gesaan yang menyukakan hati manusia, lagi mengecurkan air liur. Semua itu sepadan dengan nafsu manusia yang sentiasa muda dan keinginan manusia yang tidak terbatas. Oleh sebab itu, manusia mudah terpedaya dan jadi jahat tu. Tambahan pula, bapa kepada manusia pun pernah ditipu dan diperdaya oleh Iblis. Ini menjadikan manusia mudah diperdaya. jangan berperangai setan ye Ya, ia datang dalam bentuk rumah besar, kereta mewah, kedai yang luas, pangkat yang tinggi, kedudukan yang dihormati, wang yang banyak, wanita yang cantik, pujian dll. Seronok tak kalau kita dapat semua ini? Ya pastinya kita suka...

KITA JAGA SOLAT, ALLAH JAGA KITA

Solat adalah alat yang menghubungkan insan dengan Tuhannya. Solat umpama tiang yang mengukuhkan sesuatu struktur. Tanpa tiang, akan runtuhlah sesebuah struktur berkenaan. Solat yang mantap adalah bagaikan cahaya dan cahaya. Solat yang khusyuk merupakan idaman kalbu di kalangan orang yang beriman. Solat yang khusyuk akan menyelesaikan semua masalah dunia. Solat yang khusyuk petanda jantung hati kita sentiasa bersih daripada sifat mazmumah. Di dalam solat terkandung bacaan wajib iaitu surah Al Fatihah. Surah al Fatihah merupakan surah yang paling agung. Surah inilah yang merumuskan 113 surah berikutnya. Surah ini bisa mencuci hati insan yang kotor kerana dengan surah ini, insan berkomunikasi dengan TuhanNya.  Malah Nabi Muhammad SAW di dalam sebuah hadis pernah menyuruh seseorang mengulangi solatnya: “Sesungguhnya Nabi S.A.W masuk ke dalam sebuah masjid lalu seorang lelaki juga turut masuk ke dalam masjid tersebut dan dia melakukan solat dua rakaat kemudian dia data...