Tujuan kita dilahirkan didunia ini bukannya penciptaan yang sia-sia tanpa tujuan dan bersebab, akan tetapi ia sebenarnya mempunyai matlamat dan peranan tertentu, iaitu menyembah Allah SWT dengan pembuktian yang sebenar. pertama, melalui ketaatanNYA. kedua, melalui perlaksanaaan segala perintahNYA. Ketiga, konsep matlamat penghambaan tersebut disusuli dengan menjauhi segala laranganNYA. Sebenarnya Allah SWT telah meletakkan kedudukan manusia ini kepada maqam yang tertentu iaitu yang paling mulia disisiNYA melalui penghambaanNYA. Andai kita benari-benar menghambakan diri kepada Allah Taala dengan keikhlasan, pasti kita akan meperolehi kemuliaan di dunia dan akhirat Setiap manusia pasti mempunyai keinginan, impian dan juga harapan, dan salah satunya adalah mencapai keredhaan-NYA. Melalui impian dan harapan ini, terbangun tujuan hidup yang dimulai dengan bekerja keras, menuntut ilmu melalui pendidikan, mencari pekerjaan dengan pendapatan yang tinggi serta melakukan pelb...