KESUSAHAN TIKET KEBAHAGIAAN
Ujian itu sebenarnya membahagiakan bagi mereka yang berfikir dengan akal yang waras dan juga iman di dada.
Mengapa perlu kalah dalam ujian yang telah Allah tentukan. Benar, menjadi suatu keralatan bagi seorang hamba yang beriman bila tidak diuji. Hasilnya seperti pohonan lebat tetapi tidak berbuah
Sedangkan apabila kegembiraan itu datang, kita lagi perlu memperkuatkan safety kepada iman kita kerana manusia ini diciptakan dengan sifat lemah dan pelupa. Semakin diberikan nikmat semakin perlunya safety pada diri kita daripada godaan syaitan kerana pada waktu kita gembira, kita lupa siapa musuh kita
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: kami beriman, sedang mereka tidak diuji? ” (Al Ankabut 29:2)
Tidak ada kepayahan ujian jika Allah menghendaki menjadi kebahagiaan. Alangkah indahnya jika kita menghayati setiap sudut ujian yang kita alami adalah sentuhan kasih sayang daripada Allah
Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Ya, hakikat ujian itu bukan sahaja menuju jalan kebahagiaan akan tetapi membawa hamba ke jalan ketaatan
Kita sentiasa layak di uji
Kerana kita adalah HAMBA
Naim Nasnan
Teknologi Maklumat Dakwah
150318
Ulasan
Catat Ulasan