Langkau ke kandungan utama

MEMAKNAI PERJUANGAN DALAM KEHIDUPAN





Kehidupan seorang manusia yang hidup di alam nyata ini sangatlah memerlukan erti perjuangan yang sebenar. Namun, persoalannya perjuangan yang bagaimanakah yang perlu manusia ini memaknai apatah lagi menjiwai?

Dalam detik kehidupan manusia sehari-hari sering kali kita mendengar atau nada ucapan tentang kepentingan perjuangan dan semangat pemangkin jiwa. tetapi sangat jarang sekali untuk di laksanakan namun pada dasarnya tidak ada hal yang sukar untuk kita kerjakan bila seseorang telah mencapai kesedaran yang nyata akan pentingnya perjuangan dalam kehidupan seorang manusia untuk mencapai keinginan atau cita-cita yang ingin di raih.


“Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam Rombongan hamba-hamba-Ku, dan kemudian masuklah ke dalam surga-Ku”(QS Al-Fajr [89] : 27-30)



Hidup adalah perjuangan, hidup adalah menantang segala rintangan, dan hidup adalah melawan dari rasa takut yang paling terdalam.. Jangan pernah menyesali apa yang sudah terjadi hari ini, namun bukalah matamu untuk hari esok yang masih panjang untuk kamu lawan hingga nafasmu berhenti kembali kepada Sang Pencipta

Teruslah berjuang dalam hidup yang singkat ini dan tunjukkan bahawa kita ini adalah memang makhluk yang dipilih Allah yang mempunyai misi yang perlu diselesaikan.

Kerana kita adalah Hamba dan Khalifah!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KITA JAGA SOLAT, ALLAH JAGA KITA

Solat adalah alat yang menghubungkan insan dengan Tuhannya. Solat umpama tiang yang mengukuhkan sesuatu struktur. Tanpa tiang, akan runtuhlah sesebuah struktur berkenaan. Solat yang mantap adalah bagaikan cahaya dan cahaya. Solat yang khusyuk merupakan idaman kalbu di kalangan orang yang beriman. Solat yang khusyuk akan menyelesaikan semua masalah dunia. Solat yang khusyuk petanda jantung hati kita sentiasa bersih daripada sifat mazmumah. Di dalam solat terkandung bacaan wajib iaitu surah Al Fatihah. Surah al Fatihah merupakan surah yang paling agung. Surah inilah yang merumuskan 113 surah berikutnya. Surah ini bisa mencuci hati insan yang kotor kerana dengan surah ini, insan berkomunikasi dengan TuhanNya.  Malah Nabi Muhammad SAW di dalam sebuah hadis pernah menyuruh seseorang mengulangi solatnya: “Sesungguhnya Nabi S.A.W masuk ke dalam sebuah masjid lalu seorang lelaki juga turut masuk ke dalam masjid tersebut dan dia melakukan solat dua rakaat kemudian dia data...

wamakaru wamakarallah!

kenapa ada sahaja perkara yang aku buat tapi selalu gagal. kenapa ya?.. Kita merancang dengan cita-cita tapi Allah SWT merancang dengan cintaNya. Jadi jika kita selalu berdoa untuk mengharapkan sesuatu namun belum juga dimakbulkan oleh Allah, jangan pernah putus asa. Allah tak tunaikan semuanya kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik buat kita. Dia telah aturkan perjalanan yang jauh lebih indah dari apa yang kita rancang. Sebenarnya, Tuhan menggenggam semua doa kita. Lalu dilepaskanNya satu persatu di saat yang paling tepat. Sabar dan yakin dengan janji-Nya!

DUNIA UNTUK BEKERJA

Jangan kita jadi orang yang banyak berehat di dunia, kelak kita akan banyak disoal oleh Allah SWT di akhirat sana. Jom kita renungkan, cukupkah amalan dan ibadah yang kita lakukan selama hidup di dunia ini? Allah telah mengingatkan kita dalam Surah Ali Imran, ayat 14 yang bermaksud: “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; hartabenda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak; kuda yang bertanda lagi terlatih, dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)” Allah SWT telah berfirman dalam Surah Al-Ankabut ayat 2 dan 3: "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?  Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang yang terdahulu da...