Tujuan kita dilahirkan didunia ini bukannya penciptaan yang sia-sia tanpa tujuan dan bersebab, akan tetapi ia sebenarnya mempunyai matlamat dan peranan tertentu, iaitu menyembah Allah SWT dengan pembuktian yang sebenar. pertama, melalui ketaatanNYA. kedua, melalui perlaksanaaan segala perintahNYA. Ketiga, konsep matlamat penghambaan tersebut disusuli dengan menjauhi segala laranganNYA.
Sebenarnya Allah SWT telah meletakkan kedudukan manusia ini kepada maqam yang tertentu iaitu yang paling mulia disisiNYA melalui penghambaanNYA. Andai kita benari-benar menghambakan diri kepada Allah Taala dengan keikhlasan, pasti kita akan meperolehi kemuliaan di dunia dan akhirat
Setiap manusia pasti mempunyai keinginan, impian dan juga harapan, dan salah satunya adalah mencapai keredhaan-NYA. Melalui impian dan harapan ini, terbangun tujuan hidup yang dimulai dengan bekerja keras, menuntut ilmu melalui pendidikan, mencari pekerjaan dengan pendapatan yang tinggi serta melakukan pelbagai jenis usaha yang di anggap tepat untuk menjambatani impian mereka. Allah berfirman maksudnya:-
“Sesiapa yang mengerjakan kejahatan maka ia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya; dan sesiapa yang mengerjakan amal salih dari lelaki atau perempuan sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga; mereka beroleh rezeki di dalam Syurga itu dengan tidak dihitung” (Al Mukminun : 40)
Begitulah juga amalan kebaikan. kita memenuhi segala tuntutan dan suruhan dari Tuhan untuk mencapai ganjaran yang hakiki dan kenikmatan hasil daripada usaha dari amalan yang dilakukan...
Namun jika diteliti, kesemua harapan yang ingin diperolehi ini adalah bertitik tolak daripada mencapai keredhaanNYA...begitulah hamba yang sebenar.
Ulasan
Catat Ulasan