Jangan kita jadi orang yang banyak berehat di dunia, kelak kita akan banyak disoal oleh Allah SWT di akhirat sana. Jom kita renungkan, cukupkah amalan dan ibadah yang kita lakukan selama hidup di dunia ini? Allah telah mengingatkan kita dalam Surah Ali Imran, ayat 14 yang bermaksud: “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; hartabenda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak; kuda yang bertanda lagi terlatih, dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)” Allah SWT telah berfirman dalam Surah Al-Ankabut ayat 2 dan 3: "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang yang terdahulu da...